Biostimulant: Rahsia Tanaman Sihat & Subur

Biostimulant: Rahsia Tanaman Sihat & Subur

Biostimulant ialah bahan semula jadi yang membantu tanaman tumbuh lebih sihat, subur, dan tahan lasak. Ia bukan baja biasa, tapi “pengaktif semula jadi” untuk pokok dan tanah. Agro Pintar juga ada beberapa produk yang mengandungi bahan biostimulant.

5 Jenis Utama Biostimulant & Fungsinya

1️⃣ Asid Humik & Fulvik (Contoh: Soil Booster, NutriBoost)

  • Bantu percambahan biji benih dan akar cepat tumbuh dalam 3-7 hari.
  • Tingkatkan penyerapan baja sehingga 30% lebih berkesan.
  • Memperbaiki struktur tanah supaya lebih lembap dan subur.
  • Kuatkan pokok daripada cuaca panas, kemarau dan kesejukan.

2️⃣ Ekstrak Rumpai Laut (Contoh: NutriBoost, NutriBB)

  • Galakkan pertumbuhan, lebih banyak bunga dan buah.
  • Kurangkan stress pokok akibat cuaca panas dan tanah masin.
  • Tingkatkan sistem imun pokok untuk lawan penyakit.

3️⃣ Protein & Asid Amino (Contoh: NutriBoost)

  • Bantu daun hijau segar dengan fotosintesis lebih baik.
  • Ikat nutrien penting supaya pokok mudah serap.
  • Kurangkan kesan toksik seperti logam berat dalam tanah.

4️⃣ Chitin & Chitosan (Contoh: Frass BSF)

  • Aktifkan pertahanan semula jadi pokok lawan penyakit.
  • Baiki struktur tanah dan tingkatkan kelembapan.
  • Kurangkan penyakit seperti kulapuk dan reput pada sayur-sayuran.

5️⃣ Mikrob Baik (Probiotik Tanah) (Contoh: Frass, Soil Booster)

  • Bantu pokok serap nutrien lebih banyak.
  • Lindungi akar daripada penyakit bawaan tanah.
  • Kuatkan daya tahan pokok terhadap cuaca ekstrem.

Kelebihan Utama Biostimulant

  • Tingkatkan hasil tuaian dan kualiti tanaman.
  • Kurangkan penggunaan baja & racun kimia.
  • Menjadikan tanah lebih subur dan sihat dalam jangka panjang.


Dapatkan NutriBoost Hari Ini!

Untuk hasil tanaman yang lebih baik, gunakan NutriBoost dalam penjagaan harian anda. Klik pautan di atas untuk membeli sekarang dan mula melihat perbezaannya!


Leave a comment