Ramai orang fokus pada baja, tapi pokok sebenarnya perlukan biostimulan untuk pulih daripada stres, aktifkan fungsi semula jadi dan tumbuh lebih sihat. Ketahui bila dan kenapa biostimulan penting.
Biostimulan diperlukan apabila pokok mengalami stres seperti selepas pindah tanam, cuaca ekstrem, pertumbuhan perlahan atau fasa berbunga. Tidak seperti baja yang membekalkan nutrien, biostimulan membantu mengaktifkan fungsi semula jadi pokok supaya nutrien digunakan dengan lebih efisien.