Cuaca Panas, Bunga Tak Menjadi? Atasinya Dengan Baja Frass & Penjagaan Tanah Yang Betul

Musim panas yang berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, malah turut memberi cabaran besar kepada tanaman, terutamanya tanaman berbunga. Ramai pekebun dan penanam sayur berdepan masalah bunga gugur sebelum sempat menjadi buah. Ini dikenali sebagai masalah “bunga tak menjadi”, yang sering berpunca daripada tekanan haba (heat stress) dan kelembapan tanah yang tidak mencukupi.

Rahsia Percambahan Benih Lebih Cepat dan Sihat Dengan AminoPro

Percambahan benih merupakan fasa kritikal dalam kitaran hidup tanaman. Proses ini menentukan sama ada anak benih akan tumbuh dengan kuat atau sebaliknya. Oleh itu, memberikan sokongan nutrien yang betul sejak awal amat penting untuk memastikan pertumbuhan yang sihat dan konsisten.

Salah satu cara terbaik untuk menyokong percambahan dan pertumbuhan awal tanaman adalah melalui penggunaan asid amino – bahan semula jadi yang memainkan pelbagai peranan dalam metabolisme tumbuhan.

AminoPro Mempercepat Percambahan Biji Benih

Satu percubaan telah dijalankan bagi menilai kesan AminoPro terhadap percambahan biji benih, dan keputusannya sungguh memberangsangkan!

Dengan hanya rendaman semalaman dalam larutan AminoPro, biji benih menunjukkan kadar percambahan yang lebih cepat dan lebih seragam berbanding kawalan tanpa rawatan.

Rahsia Pertumbuhan Awal Anak Pokok dari Keratan Batang: Separa Teduhan + AminoPro!

Menanam pokok daripada keratan batang adalah antara teknik mudah dan jimat kos yang digemari ramai pekebun dan penggemar tanaman di rumah. Namun, untuk memastikan keratan ini tumbuh dengan sihat dan cepat berakar, ada beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian – termasuk pemilihan lokasi dan sokongan nutrien tambahan.

Tips Pembajaan untuk Pokok Sawit Tua-Maksimumkan Hasil Sebelum Tanam Semula

Pokok sawit tua (biasanya berumur 20 tahun ke atas) memerlukan pendekatan pembajaan yang berbeza berbanding pokok muda. Walaupun pokok sudah berada di hujung kitar hayat, nutrien masih memainkan peranan penting untuk mengekalkan hasil optimum sehingga tiba masa tanam semula (replanting).

Akses Jalan Ladang: Nadi Operasi Pertanian Anda

Ramai usahawan tani memberi tumpuan kepada baja, penyiraman dan penjagaan tanaman, tetapi sering terlepas pandang satu perkara penting: akses jalan ladang.

Tanpa laluan yang kukuh dan tersusun, banyak proses penting seperti penghantaran baja, pengangkutan hasil tuaian dan kerja penyelenggaraan akan terganggu.

Pengenalan Produk Agro Pintar di Eropah, Romania

Visi Kami
Dengan permulaan yang positif ini, #AgroPintar berhasrat untuk memperluas lagi pasaran ke negara-negara Eropah lain seperti Hungary, Bulgaria, dan Poland dalam masa terdekat. Misi kami adalah untuk menjadikan pertanian lebih lestari, mesra alam dan produktif – tidak kira di mana anda berada.

Teruskan menyokong #AgroPintar – dari Malaysia ke dunia! 🌿

Penjagaan Rumput di Kubur-Guna NutriBoost & Frass untuk Rumput Lebih Hijau dan Sihat

Ramai yang mencari cara semula jadi dan berkesan untuk memastikan rumput di kawasan perkuburan kekal subur, hijau dan cantik. Sama ada untuk memperingati insan tersayang atau menjaga kebersihan persekitaran, penjagaan rumput tidak boleh diabaikan.

Kini, dengan gabungan NutriBoost dan Frass, anda boleh membantu rumput tumbuh lebih sihat tanpa perlu bergantung pada baja kimia.

🌴 Kenapa Perlu Mengekalkan Pelepah di Bawah Tandan Sawit?

Dalam pengurusan ladang kelapa sawit, setiap amalan agronomi yang dijalankan mempunyai tujuan tersendiri. Salah satu amalan penting tetapi sering dipandang remeh ialah mengekalkan satu / dua pelepah di bawah tandan sawit. Walaupun nampak mudah, tindakan ini sebenarnya memberikan kesan besar terhadap kesihatan pokok, dan produktiviti jangka panjang.

🌴 Mari Kira Berapa Lapisan #Sawit Yang Ada Pada Pokok Sawit Muda!

Pokok sawit berumur 6 tahun adalah pada peringkat matang utama, di mana hasil pengeluaran tandan sepatutnya berada pada tahap optimum. Tapi… pernahkah anda tengok pokok yang ada hingga 4 LAPISAN tandan serentak?

Inilah hasilnya apabila kita beri penjagaan rapi menggunakan rangkaian baja berteknologi dari Agro Pintar — Frass, Pintar F1 dan AminoPro!