AminoPro – Booster Organik Premium untuk Pertumbuhan Maksimum!
Diformulasi dengan nutrien lengkap dan asid humik, serta diuji makmal untuk keselamatan dan keberkesanan. AminoPro adalah pilihan terbaik untuk tanaman makanan yang subur, selamat dan mesra alam.

AminoPro ialah baja organik premium berasaskan asid amino, humic & fulvic, dirumus khas untuk meningkatkan daya tahan tanaman, mempercepat pertumbuhan, serta memperbaiki struktur tanah. Sesuai digunakan untuk sayuran, pokok buah-buahan, tanaman hiasan, bunga, dan tanaman berdaun hijau.

Tahan Lama – 100 aplikasi dalam 1 botol! Atau 1 hektar/2.47 ekar
Boleh digunakan selama 5 hingga 8 bulan, bergantung pada kekerapan penggunaan.
Mempercepat pertumbuhan & menguatkan akar
Meningkatkan penyerapan nutrien melalui daun & akar
Menjadikan tanaman lebih tahan terhadap tekanan cuaca & penyakit
Menyuburkan tanah dengan bahan organik berkualiti tinggi


Cara Penggunaan:
Bancuhan:
Larutkan 1 sudu (±5g) dalam 2 liter air. 500 g boleh digunakan untuk keluasan kawasan 1 hektar/2.47 ekar.
Kaedah Aplikasi:
1. Semburan Daun (Foliar Spray) – Semburkan pada daun untuk penyerapan nutrien yang cepat.
2. Siraman Akar (Soil Drenching) – Siram larutan pada pangkal tanaman untuk menguatkan akar dan menyuburkan tanah.
3. Boleh juga tabur setengah / 1 sudu, 2 minggu sekali

AminoPro Lulus Ujian Makmal – Terbukti Selamat, Kaya Nutrien & Mesra Tanaman
AminoPro telah menjalani pelbagai ujian makmal di makmal bertauliah untuk memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk berada pada tahap terbaik. Ini termasuk:
Ujian Porcine – Keputusan Negatif
Diuji bebas daripada sebarang kandungan tidak sesuai, menjadikan AminoPro sesuai digunakan oleh semua segmen pengguna, termasuk yang menitikberatkan aspek kesucian dan kebersihan bahan.
AminoPro Disahkan 100% suci & bersih untuk Semua Pengguna!
AminoPro telah melalui ujian porcine di makmal bertauliah dan keputusannya adalah negatif. Ini bermakna tiada kesan bahan tidak sesuai dikesan dalam formulasi kami. Dengan komposisi berasaskan tumbuhan dan sumber semula jadi, AminoPro adalah pilihan yang bersih, selamat, dan diyakini untuk digunakan pada tanaman makanan di rumah, kebun, mahupun ladang.
Sembur dengan yakin – AminoPro menyokong amalan pertanian yang bersih dan bertanggungjawab.
Sesuai untuk tanaman boleh dimakan
Diuji makmal & bebas bahan diragui
AminoPro = Selamat. Bersih. Diyakini.

Ujian Nutrien & Asid Humik
Analisis menunjukkan AminoPro mengandungi nutrien penting untuk pertumbuhan akar dan daun serta asid humik yang menyuburkan tanah dan memperbaiki struktur media. Ini membantu meningkatkan serapan nutrien oleh tanaman dan mempercepatkan pertumbuhan.
Ujian Mikrobiologi & Logam Berat
Disahkan bebas daripada patogen seperti Salmonella, E. coli, serta logam berat seperti plumbum dan merkuri yang berbahaya kepada tanaman dan manusia.
Dengan AminoPro, anda bukan sahaja menyuburkan tanaman – anda juga melindungi kesihatan keluarga dan alam sekitar.
Sesuai untuk tanaman makanan
Diuji selamat & berkualiti tinggi
Pilihan profesional untuk petani moden
