MENGENAI KAMI – Podcast Agro Pintar
Salam sejahtera Tuan-tuan dan puan-puan. Saya Dr CK daripada Perkhidmatan Agro Pintar Sdn Bhd.Sedikit pengenalan tentang Perkhidmatan Agro Pintar. Syarikat ini diperbadankan di Malaysia pada 6 April 2021. Ia adalah buah fikiran daripada kumpulan individu yang mempunyai kepakaran dalam penyelidikan, pemasaran and pengusahaan pertanian yang berkomitmen untuk mereformasikan pertanian tempatan.Visi PAP ialah Pertanian Pintar Wawasan Anda, kami berhasrat menjadi pusat penyelesaian pertanian sehenti untuk tn-tn dan pn-pn. Dengan servis-servis yang ditawarkan, kepakaran pertanian profesional berasaskan penyelidikan dan data saintifik terkini, ialah sesuatu yang mampu dimiliki semua. Pendek kata, Pertanian professional di tangan andaAntara servis-servis yang ditawarkan oleh kami ialah:1. Pembekalan baja:Baja yang sesuai untuk pelbagai jenis tanaman, e.g. Kelapa sawit, sayuran, durian, nenas, lada, herba, etc.Baja Sebatian, Baja Organik, Baja Kompak, Baja Campuran Granular, Bio Microbes Kompos Organik2. Contract FarmingDalam perancangan – untuk kawasan PerakPenanaman jagung, betik, pisang etc3. Persediaan plot ujian: kajian makmal atau kajian lapanganBerkerjasama dengan universiti, menyediakan kajian saintifik dan peluang latihan kepada intern. Menyediakan laporan saintifik, Selain itu, pihak kami juga membantu anda menyediakan bahan komunikasi untuk koporat, daripada hasil penyelidikan ini4. Perkhidmatan analisis makmalNitrogen (N), Phosphorus (P), Potassium (K), Magnesium (Mg), Calcium (Ca), pH, etc [sampel: baja, tanah dan daun]Sifat fizikan tanahAntioxidant, bioaktiviti tumbuhan herbal5. Perkebunan bijak & penanaman tepatServis ini menekankan Penerapan pembelajaran mesin, sensor, iaitu alat penderia dan teknologi drone untuk pengesanan, pemantauan, pencarian landskap dan perancangan pra-penanaman. Ia juga menyediakan alat yang tidak merosakkan pokok dalam pengesan status pokok,, pengurusan penyiraman dan nutrient. Dengan penanaman tepat ini, kami boleh mempunyai penyelesaian yang bertanggung jawab dan lestari: ia juga mesra alam dan menjaga bumi6. Perundingan agronomiMemaksimumkan apa yang diperoleh dari uji kaji dan analisis makmal.Sesi klinik secara peribadiMenekankan strategi dalam tindakan untuk program yang dihasilkan khas untuk andaAkhir sekali. Team perkhidmatan agro pintar ingin megambilkan kesempatan ini untuk memperkenalkan podcsat agro pintar.Matlamat podcast ini bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan pertanian profesional yang mampu dimiliki semua. Terutamanya penyelesaian dan perkhidmatan pertanian yang didorong oleh penyelidikan dan data saintifik terkini.Ikutilah Facebook page dan podcast kami untuk perkembangan selanjutnya. Sekian terima kasih
Apa itu Pertanian pintar? – Podcast Agro Pintar
Podcast kali ini sedikit istimewa kerana Dr Lim dan Mr Bryan dari Precision Agriculture Research (PARSB) ingin berkongsi info mengenai pertanian bijak. Jangan lepaskan peluang yang berharga ini. Dengar kan podcast kami dan jadilah petani yang bijak.
Pokok Sihat, Bunga Banyak Keluar: Testimoni Pengguna NutriBoost – Podcast Agro Pintar
Dalam episod ini, kami nak kongsikan satu lagi maklum balas ringkas daripada pengguna NutriBoost yang menyebut, “Pokok ok, bunga pun banyak keluar.” Walaupun ringkas, ayat ini memberi gambaran yang jelas tentang keadaan keseluruhan pokok.Apabila pelanggan mengatakan pokok berada dalam keadaan “ok”, ia biasanya merujuk kepada kesihatan asas pokok yang stabil. Daun kelihatan segar, pertumbuhan sekata dan pokok tidak menunjukkan tanda tekanan yang ketara. Ini merupakan prasyarat penting sebelum pokok boleh memasuki fasa pembungaan dengan baik.Apabila bunga pula mula keluar dengan lebih banyak, ia menunjukkan pokok telah bersedia untuk fasa generatif. Pembungaan yang stabil selalunya berlaku apabila keperluan nutrien dipenuhi dan proses fisiologi dalaman pokok berjalan lancar. Dalam keadaan ini, pokok tidak perlu “dipaksa”, sebaliknya hanya perlu disokong agar fungsinya kekal optimum.Pengalaman ini sejajar dengan pendekatan penggunaan NutriBoost, di mana fokusnya adalah membantu pokok mencapai keseimbangan dalaman. Apabila keseimbangan ini tercapai, pokok akan memberi respon secara semula jadi melalui pembentukan bunga yang lebih konsisten.Maklum balas seperti ini mengingatkan kita bahawa kejayaan tanaman bermula dengan asas yang betul. Bila pokok sihat secara menyeluruh, fasa seterusnya seperti pembungaan dan pembuahan akan berlaku dengan lebih mudah.Terima kasih kepada pengguna NutriBoost yang berkongsi pengalaman sebenar dari kebun. Testimoni lapangan seperti ini sangat bernilai kerana ia mencerminkan hasil yang dilihat dalam penggunaan harian.Grab Booster Agro Pintar sekarang klik link dibawahhttps://vt.tiktok.com/ZSNEakA1X/ (kedai tiktok) atauhttp://shopee.com.my/pap_76 (Shopee) atau https://s.lazada.com.my/s.7AVZa (Lazada)atau http://wa.me/60143228173 (whatsapp)Ikutilah laman sosial kami untuk perkembangan selanjutnya.Facebook Perkhidmatan Agro Pintar: https://www.facebook.com/p.agropintarWebsite: http://www.agropintar.comTikTok: https://www.tiktok.com/@agropintar
- Pokok Sihat, Bunga Banyak Keluar: Testimoni Pengguna NutriBoost
- Keperluan Baja Setiap Tanaman Berbeza: Kenapa Sayur Manis Tak Perlu Baja Berat
- Ekstrak Rumpai Laut sebagai Biostimulan Semula Jadi: Kesan pada Pertumbuhan
- Sayur manis ni senang masuk dapur, buat sup boleh, tumis pun ngam
- Aplikasi Booster Biostimulant AminoPro Meningkatkan Kadar Percambahan Benih Sayur
- Banyak Bunga dan Buah: Pengalaman Pengguna NutriBoost di Kebun
- Daun Lebar & Sayur Gemuk: Pengalaman Pengguna NutriBoost di Kebun
- Testimoni NutriBoost sharing: Pokok Subur & Banyak Daun: Pengalaman Pelanggan Menggunakan NutriBoost
- AminoPro untuk Padi: Kesan Positif untuk semua peringkat
- 2026 Tahun Baru: Cara Cantikkan Tanaman dengan NutriBoost untuk Pertumbuhan Lebih Sihat