Pernah tak anda lihat tanaman yang daunnya kekuningan, pertumbuhan terbantut atau buah tidak menjadi walaupun sudah dibaja? Masalah ini mungkin berpunca daripada kekurangan nutrien – dan ia boleh berlaku walaupun baja sudah diberi melalui tanah.
Salah satu cara paling cepat dan berkesan untuk mengatasi isu ini ialah dengan menggunakan baja foliar iaitu baja yang disembur terus ke daun tanaman.